Tambah Nilai Kepada Orang Lain dan Diri Anda Sendiri

Tambah Nilai Kepada Orang Lain dan Diri Anda Sendiri

Salah satu cara untuk menarik bakal pelanggan ialah dengan memberikan sampel produk untuk mereka merasa produk kita. Mereka akan berasa lebih di hargai kerana kita berusaha untuk mengenali mereka dan ambil tahu tentang apa yang mereka suka dan tidak suka. 

Bagaimana pula jika produk kita ialah khidmat servis? Seperti produk insuran, produk pelaburan dan mencipta website?

Bagi kami di lamanwebjenamaanda, kami memberikan buku percuma yang di tulis oleh founder kami, @saninahamid. Coach Sanina. Ada juga peniaga yang menawarkan kelas percuma. Contoh seperti di sini, kelas percuma

Didalam buku itu ada tersenarai  99 jenis pekerjaan yang anda boleh mulakan dengan hanya menggunakan modal yang kecil. Buku yang kami beri tidak lah tebal sangat, tapi cukup untuk pembaca kami sedar yang perniagaan sebenarnya tidak memerlukan modal yang banyak.

Perniagaan anda juga boleh menggunakan teknik yang sebegini supaya orang tertarik untuk mengetahui perkembangan perniagaan anda. Mereka pasti tertunggu sekiranya anda ada akan memberi sesuatu yang lebih bernilai ataupun promosi yang bagus untuk mereka.

Sekiranya anda tidak suka menulis, anda juga boleh menggunakan video untuk memberi tips tentang perniagaan anda. Tips yang anda berikan mestilah membuatkan penonton anda berasa berfaedah untuk di tonton. Jom kita mula sekarang untuk menyebarkan kebaikan. Banyak kebaikan yang kita beri, banyak juga pulangan yang anda akan dapat kembali. 







Comments